10 Wasiat asy-Syahid Imam Hassan al-Banna
1. Bangunlah segera untuk melakukan solat apabila mendengar azan walau bagaimanapun keadaannya.
2. Baca, telaah dan dengarkan Al-quran atau zikirlah kepada Allah dan janganlah engkau menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tidak ada manfaatnya.
3. Bersungguh-sungguhlah untuk boleh berbicara dalam bahasa arab dengan fasih, kerana sesungguhnya ia adalah syiar Islam.
4. Jangan memperbanyak perdebatan dalam pelbagai bidang pembicaraan sebab hal ini semata-mata tidak akan mendatangkan kebaikan.
5. Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) adalah tenang dan tenteram.
6. Jangan bergurau kerana umat yang berjihad tidak berbuat sedemikian kecuali dengan bersungguh-sungguh secara berterusan.
7. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, kerana hal ini akan mengganggu dan menyakiti orang lain.
8. Jauhilah dari membicarakan kejelekan orang lain atau melukainya dalam bentuk apapun dan jangan berbicara kecuali yang baik.
9. Berta’aruflah dengan saudaramu yang kalian temui walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip da’wah kita adalah cinta dan ta’awun (kerja sama).
10. Pekerjaan rumah kita sebenarnya lebih bertumpu daripada waktu yang tersedia, maka tolonglah selain itu untuk memanfaatkan waktunya dan apabila kalian mempunyai sesuatu keperluan maka sederhanakanlah dan percepatlah untuk diselesaikan.
Ya muslimin wal muslimat, hafazlah dan amalkanlah 10 wasiat
yang diutarakan tersebut demi kesejahteraan umat Islam...
insya-Allah.
al-Fatihah li asy-Syahid Imam Hasan al-Banna...
skip to main |
skip to sidebar
Pages
Sesungguhnya Allah s.w.t itu tidak melihat kepada tubuhmu, tidak pula melihat bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hatimu :)
Sunday, March 7, 2010
Penaip keyboard
Tapak kaki :)
Sahabat :D
Ciptaan Mark Zuckerberg ada di sini yer :)
Powered by Blogger.
Copyright (c) 2010 Cikgu Ikhwan !. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And TM Web Design.
0 kata-kata hikmat:
Post a Comment