Pages

Friday, March 12, 2010

AL-FATIHAH!!!



Tanggal 10 mac 2010, kita dikhabarkan dengan kematian Syeikhuna Dr Muhammad Sayyid Tantawi, 82. Beliau meninggal pada waktu pagi, di Riyadh, Arab Saud ketika hendak berangkat pulang ke Mesir. Sebelum sempat berangkat pulang, beliau diserang penyakit jantung dan dibawa ke hospital.Beliau sebelum pernah menjalani pembedahan jantung.

Amr Tantawi, anak kepada Allamah Syeikh mengatakan kematian ayahnya merupakan satu kejutan yang amat besar. Namun, Allah S.W.T lebih menyayangi ulama ini. Ahli keluarga syeikh membuat keputusan supaya allahyarham dikebumikan di perkuburan baqi`, Madinah, tanah suci islam yang kedua. Begitulah Allah mengatur dan mentakdirkan ajal maut hamba-Nya. Masya Allah.

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar. Sebelum menjadi Syeikh Azhar, beliau pernah menjadi mufti Mesir,dekan kuliah, dan pernah mengajar di kuliah usuluddin. Beliau mendapat Ijazah kedoktoran daripada Universiti al-Azhar dalam bidang tafsir dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah di beberapa universiti di Iraq, Libya dan Arab Saudi. Beliau terkenal sebagai seorang yang alim dalam ilmu tafsir.

Seorang lagi ulama islam wafat menemui Allah. Moga-moga, kematian syeikh tidak melunturkan semangat para pencinta ilmu untuk terus mujahadah menimba ilmu. Bahkan, kita sebagai penuntut ilmu,sepatutnya mencontohi kegigihan, kecintaan dan ketekunan syeikh dalam mencari dan mengamalkan ilmu yang dituntut. Kalau kita kata kita sayang pada ulama, kita tidak sepatutnya belajar bagai melepaskan batuk di tangga, bahkan terus berusaha bersama-sama para ulama meneruskan risalah islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Semoga Syeikh ditempatkan bersama para Anbiya’, dan Solihin di sisi Allah S.W.T. Amin. AL-FATIHAH...

0 kata-kata hikmat:

Post a Comment