Oleh: Al Fadhil Ustaz Lokmanulhakim Bin Hussain
بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Dinukilkan bacaan ini dalam solat witir daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, dalam beberapa hadis. Antaranya, hadis Ibn Abbas:
كان ا لنبي صلى الله عليه و سلم يقرأ في الوتر ب { سبح اسم ربك الأعلى } و { قل يا أيها الكافرون } و { قل هو الله أحد } في ركعة ركعة
Bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam membaca pada witir dengan ‘Sabbihisma Rabbikal A’la’, ‘Qul Ya Ayyuhal Kafiruun’, dan ‘Qul Huwallahu Ahad’.
Direkod oleh Tirmizi (no: 462)
Diriwayatkan juga melalui beberapa sahabat lain seperti Ali, Aisyah, Abdul Rahman bin Abza daripada Ubai bin Kaab.Tetapi ada riwayat lain, menambah iaitu surah ‘Qul Auzubirabbil Falaq’ dan ‘Qul Auzubirabbinnaas’. Tetapi kebanyakan ulama dari kalangan sahabat dan tabieen mengambil cara pertama iaitu membaca tiga surah sahaja. (Jamik al-Tirmizi 2/325)
Walaubagaimana pun, tidak wajib membaca surah-surah ini. Ia hanya sunat.
Wallahu A’lam.
Sumber: Al-ahkam.net
skip to main |
skip to sidebar
Pages
Sesungguhnya Allah s.w.t itu tidak melihat kepada tubuhmu, tidak pula melihat bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hatimu :)
Friday, March 19, 2010
Penaip keyboard
Tapak kaki :)
Sahabat :D
Ciptaan Mark Zuckerberg ada di sini yer :)
Powered by Blogger.
Copyright (c) 2010 Cikgu Ikhwan !. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And TM Web Design.
0 kata-kata hikmat:
Post a Comment